Wednesday, May 4, 2011

Cara Menangani Gejala Sosial: 5. ABJZ Camp

Assalamualaikum Wbkt.

Blog Menangani Gejala Sosial akan memaparkan pula maklumat berkenaan ABJZ Camp.

ABJZ Camp adalah elemen menyeluruh untuk tujuan pengukuhan terhadap abjz. Elemen ini mengandungi sub elemen

yang kedua iaitu mengandungi set perbincangan, soalan dan jawapan, introspeksi diri, lawatan, serta pelan tindakan

PDCA (Plan-Do-Check-Action) secara berkelompok. Program ini mampu memberikan pendedahan menyeluruh

tentang world view yang sebenar mengenai kempen ABJZ.

1. Kandungan program ini adalah 40% dari keseluruhan ABJZ.
2. Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.

Isi kandungan;

a) Remaja & Cinta.
b) Ini Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c) Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spiritual.
d) ABJZ Workshop – 1) peserta akan melalui bengkel kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang

impak negatif zina dan seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
e) Cinta Mujahid Cinta Sebenar – memahami peranan dan tindakan remaja terhadap diri sendiri menerusi petunjuk Al

-Quran dan Sunnah.
f) ABJZ Race! – Aktiviti luar (outdoor) untuk remaja.
g) Muhasabah Diri – pengisian untuk pembinaan keyakinan dan jati diri yang lebih kuat.
h) Remaja ORi bukan Fotokopi – pengisian untuk remaja melakukan perbandingan di antara kebaikan dan keburukan.

Mampu membuat penilaian diri atas contoh-contoh yang ada seperti artis dsb. Adakah itu contoh tauladan yang baik?
i) Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.
j) Agenda tindakan diri (Total Action) – membawa remaja ke jalan yang benar untuk melakukan perubahan ke atas diri

sendiri dan orang disekitarnya.
k) Program ini dijalankan diluar atau di sekolah berdasarkan kepada perbincangan.

Bermalam bersama dengan fasilitator

No comments:

Post a Comment