Sunday, May 29, 2011

Fenomena Bayi terbuang

Berita pilihan Menangani Gejala Sosial

Jumpa bayi dalam longkang

Kali ini Blog Menangani Gejala sosial akan membawa anda ke BATU PAHAT -

Mayat bayi lelaki dipercayai berbangsa Melayu ditemui oleh seorang bekerja buruh binaan di dalam takungan air longkang ketika dia sedang mula melakukan kerja hariannya kira-kira jam 8.10 pagi semalam.

Bayi berkenaan dijumpai mati terapung di Taman Mekar, Ayer Hitam dalam keadaan tanpa pakaian selain cukup sifatnya.

Pekerja berkenaan, Hamid Marzuki, seorang warga Indonesia yang juga penduduk tetap negara ini berkata, ketika sampai ke tempat pembinaan berkenaan dan mahu mulakan kerja, dia terkejut melihat seolah-olah ada bayi dalam longkang.

Katanya, apabila menghampiri dan melihatnya dari dekat, ternyata ia mayat bayi yang masih lagi sempurna sifat dan seperti baru dilahirkan dengan keadaan mengiring.

“Setelah melihat yang saya temui itu benar-benar bayi, saya terus sahaja menghubungi pihak polis.

“Bayi berkenaan masih lagi mempunyai tali pusat dan juga urinya dan saya percaya ia dibuang dalam lingkungan waktu malam tadi. Bayi ini dipercayai mati lemas akibat takungan berkenaan dipenuhi air akibat hujan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan pihaknya masih lagi membuat siasatan.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ibrahim berkata, mayat bayi berkenaan juga dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Ibrahim turut mengharapkan orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menyiasat kes ini dengan selanjutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes ini diminta tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis melakukan siasatan dan kami mengharap orang ramai dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya,” katanya.


Sumber Sinar Harian 
31 Jan, 2011

Berminat untuk mengetahui kursus2 Anda Bijak Jauhi Zina sila ke:
http://menanganigejalasosial.blogspot.com/2011/05/tajuk-tajuk-di-blog-ini_04.html
Cikgubat

No comments:

Post a Comment