Sunday, May 1, 2011

Cara Menangani Gejala Sosial: 1. Pendahuluan

Blog Menangani Gejala Sosial mengucapkan Assalamualaikum Wbkt kepada semua.

Misi Blog Menangani Gejala Sosial ini adalah untuk mengetengahkan kaedah praktikal bagi menangani isu-isu tersebut, seterusnya melatih para ibubapa, motivator, guru dan belia-remaja tentang urusan tersebut.

Pendahuluan

Blog Menangani Gejala Sosial menyedari gejala sosial di Malaysia kini kian meruncing, dengan terpaparnya pelbagai berita di dalam media cetak dan elektronik mengenai isu-isu seks bebas, bersekedudukaan tanpa ikatan perkahwinan, pembuangan bayi, khalwat dan sebagainya, yang berkaitan dengan remaja dan belia mahupun golongan dewasa hari ini menjadi fenomena.

Akibatnya menularlah pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin, gejala kemurungan kerana termengandung atau ditinggal kekasih, penderaan seks, pembunuhan dan pelbagai jenayah yang berkaitan seks. Manakala kematian akibat penyakit berjangkit seksual ini meningkat dengan mendadak dan mengerunkan setiap tahun.

Blog Menangani Gejala sosial mendapati beberapa kajian mengenai pengetahuan dan kefahaman remaja-belia terhadap penyakit bawaan seks ini sangat rendah. Malahan kejahilan mahasiswa universiti terhadap isu penyakit-penyakit tersebut juga mencerminkan satu petunjuk bahawa ramai orang awam, jahil tentang bala akibat seks bebas ini.

Oleh itu ABJZ ingin menjadi peneraju pertama dan terkehadapan dalam menangani permasalahan ini dengan menyebarkan informasi dan kesedaran kepada masyarakat umum di Malaysia.

Sejarah awal kempen ABJZ ini bermula dengan tertubuhnya perlindungan dan bimbingan Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Modul ABJZ adalah diilhamkan menerusi pengalaman mengurus, mengendali dan membimbing remaja Putri di Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah. Pengalaman ini diunjurkan dengan terlaksananya pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina pada tahun 2007 yang telah dirasmikan oleh Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail.

Cikgu Bat
Jurulatih Menangani Gejala Sosial: Kempen ABJZ
cikgubat@gmail.com
http://cikgubat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment