Monday, May 2, 2011

Cara Menangani Gejala Sosial: 4. ABJZ Tour

Assalamualaikum Wbkt.

Blog Menangani Gejala Sosial akan memaparkan pula maklumat berkenaan ABJZ Tour.

ABJZ Tour pula adalah elemen tambahan untuk tujuan pengukuhan terhadap kefahaman dan penghayatan ABJZ.

Elemen ini mengandungi sub elemen yang kedua iaitu mengandungi set perbincangan, soalan dan jawapan serta pelan

tindakan peribadi (Self Action Plan).

1. Kandungan program ini adalah 40% dari keseluruhan ABJZ.
2. Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.

Isi kandungan;

  1. Remaja & Cinta.
  2. Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
  3. Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
  4. ABJZ Workshop – peserta akan melalui bengkel kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam tentang impak negatif zina dan seumpamanya menerusi kajian sains dan Al-Quran dan hadith.
  5. Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.

Pakej ini dilaksanakan selama 8 jam.

cikgu Bat
Jurulatih Menangani Gejala Sosial: Kempen ABJZ
cikgubat@gmail.com
http://cikgubat.blogspot.com

Cara Menangani Gejala Sosial: 2. Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

Assalamualaikum Wbkt.

Tahniah dan terima kasih kerana minat yang anda tunjukkan terhadap ABJZ. Berikut ini kami perturunkan beberapa maklumat mengenai ABJZ.

OBJEKTIF ABJZ

  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja/belia akan pendidikan reproduktif berdasarkan agama dan moral.
  • Menanamkan sikap positif di dalam diri remaja/ belia supaya menghindari tingkahlaku/ tabiat/ kelakuan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan diri, fiazikal, intelek, emosi dan spirituil.
  • Menggalakkan temaja mengamalkan cara hidup yang baik berlandaskan nilai agama serta berusaha mempengaruhi remaja/ belia lain kea rah cara hidup yang sihat dan lebih berakhlak mulia.
  • Membentuk sekumpulan agen perubah di kalangan remaja bagi menggerakkan sebarang aktiviti/ program bagi mempengaruhi/ membimbing rakan-rakan lain dalam usaha menyebarkan kempen ANDA BIJAK JAUHI ZINA di dalam sekolah, luar sekolah, kediaman dan masyarakat.
Bat Kamaruzaman
cikgubat@gmail.com
Jurulatih Menangani Gejala Sosial: Kempen ABJZ

Sunday, May 1, 2011

Cara Menangani Gejala Sosial: 3. Kursus ABJZ Preview

Assalamualaikum wbkt.

Blog Menangani Gejala Sosial ingin berkongsi maklumat berkenaan Pakej Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

Pakej ABJZ Preview

ABJZ preview merupakan elemen yang amat penting dalam sesi penyampaian mesej ABJZ. Ia merupakan sesi pengenalan, penghayatan serta introspeksi diri tentang perkembangan isu semasa, psikologi remaja/ belia, kesan negatif ke atas agama terhadap perbuatan zina dan saranan serta nasihat untuk mengatakan tidak kepada perbuatan zina.

1. Kandungan program ini adalah 20% dari keseluruhan ABJZ.
2. Pengenalan awal terhadap kepentingan ABJZ terhadap jiwa remaja.

Isi kandungan;

a) Remaja & Cinta.
b) Sejarah Kita – Proses kejadian manusia dan kelebihan yang ada padanya.
c) Kesan Seks Bebas (STD) – Kesan pada fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
d) Take Home Message – kata-kata mutiara untuk remaja bawa pulang.

Bagi calon persendirian tempat kursus yang berhampiran dengan alamat rumah akan ditawarkan. Bagi Pakej, program ini diadakan di sekolah dan tidak bermalam.

Cikgu Bat
Jurulatih Menangani Gejala Sosial: Kempen ABJZ
cikgubat@gmail.com
http://cikgubat.blogspot.com

Cara Menangani Gejala Sosial: 1. Pendahuluan

Blog Menangani Gejala Sosial mengucapkan Assalamualaikum Wbkt kepada semua.

Misi Blog Menangani Gejala Sosial ini adalah untuk mengetengahkan kaedah praktikal bagi menangani isu-isu tersebut, seterusnya melatih para ibubapa, motivator, guru dan belia-remaja tentang urusan tersebut.

Pendahuluan

Blog Menangani Gejala Sosial menyedari gejala sosial di Malaysia kini kian meruncing, dengan terpaparnya pelbagai berita di dalam media cetak dan elektronik mengenai isu-isu seks bebas, bersekedudukaan tanpa ikatan perkahwinan, pembuangan bayi, khalwat dan sebagainya, yang berkaitan dengan remaja dan belia mahupun golongan dewasa hari ini menjadi fenomena.

Akibatnya menularlah pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin, gejala kemurungan kerana termengandung atau ditinggal kekasih, penderaan seks, pembunuhan dan pelbagai jenayah yang berkaitan seks. Manakala kematian akibat penyakit berjangkit seksual ini meningkat dengan mendadak dan mengerunkan setiap tahun.

Blog Menangani Gejala sosial mendapati beberapa kajian mengenai pengetahuan dan kefahaman remaja-belia terhadap penyakit bawaan seks ini sangat rendah. Malahan kejahilan mahasiswa universiti terhadap isu penyakit-penyakit tersebut juga mencerminkan satu petunjuk bahawa ramai orang awam, jahil tentang bala akibat seks bebas ini.

Oleh itu ABJZ ingin menjadi peneraju pertama dan terkehadapan dalam menangani permasalahan ini dengan menyebarkan informasi dan kesedaran kepada masyarakat umum di Malaysia.

Sejarah awal kempen ABJZ ini bermula dengan tertubuhnya perlindungan dan bimbingan Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Modul ABJZ adalah diilhamkan menerusi pengalaman mengurus, mengendali dan membimbing remaja Putri di Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah. Pengalaman ini diunjurkan dengan terlaksananya pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina pada tahun 2007 yang telah dirasmikan oleh Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail.

Cikgu Bat
Jurulatih Menangani Gejala Sosial: Kempen ABJZ
cikgubat@gmail.com
http://cikgubat.blogspot.com